Environmental Workshop: Creative & Effective Recycling Practice

Bengkel yang dikendalikan oleh pasukan sukarelawan Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA ini akan memberikan pendedahan dan latihan amali kepada anda bagaimana untuk mengitar semula sisa-sisa sampah di rumah secara kreatif dan praktikal lalu menjadikan ia sebagai produk baru yang boleh digunasemula ataupun dijual.

Bengkel ini bakal bermula dengan pengenalan kepada kitar semula dan permasalahan sampah di dalam negara, perbincangan kumpulan, aktiviti amali, dan membentangkan potensi-potensi daripada produk kitar semula untuk dijadikan sumber pendapatan, punca ekonomi dan produk komersial. Peserta juga akan didedahkan dengan bermacam teknologi hijau dan “DIY” yang ada masa kini yan menggunakan konsep “zero waste” dan kelestarian.

Oleh itu, ayuh kita luangkan masa untuk belajar sambil berseronok semasa Bengkel Alam Sekitar di Pandita Fest ini.

RSVP: https://www.facebook.com/events/1182442001854875/?ti=cl

Welcome to MESYM!
Connecting the green dots

MESYM.com is a crowd-sourced platform and a living database for environmental movements in Malaysia. There are many good actions being done out there. Our goal is to bring them together. We connect the green dots.