Global Citizen Dialogue on Climate Change and Energy

This information was gathered and published by MESYM from this source.

Salam sejahtera daripada Persatuam Pencinta Alam Malaysia (MNS),

Dimaklumkan bahawa Kedutaan Perancis dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bersama rakan-rakan bersekutu MENGO ingin mempelawa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kajian kesedaran permahaman tentang isu alam sekitar berkaitan dengan perubahan iklim dan tenaga.

Sekiranya anda tidak pernah mendengar perkataan “perubahan iklim” atau “climate change” atau tidak tahu akan maknanya, maka anda adalah PESERTA yang paling sesuai untuk mengikuti dialog ini.

Program dialog ini di reka khusus untuk dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bercirikan perkara-perkara berikut:

  1. Penyertaan saksama di antara golongan lelaki dan wanita
  2. Penyertaan dibuka untuk semua peringkat umur bermula dari 18 tahun ke atas – yang masih bersekolah mahupun yang telah bersara
  3. Penyertaan yang meliputi pelbagai kategori pekerjaan – golongan bukan professional dan professional, termasuk yang menganggur, dan
  4. Penyertaan rakyat Malaysia yang menggambarkan kepelbagaian bangsa, ugama dan etnik kenegerian yang berbeza.

Program ini akan berlangsung secara serentak di 100 buah negara pada 6hb Jun 2015! Orang ramai adalah dijemput hadir untuk menjayakan program global ini di Malaysia yang akan di adakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.

Aktiviti ini juga diadakan bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di peringkat kebangsaan. Para peserta yang mewakili masyarakat Malaysia akan berpeluang untuk berkongsi pendapat dan mengundi tentang isu-isu yang berkaitan dengan perubahan cuaca dan tenaga semasa dialog ini. Hasil kajian ini akan dibawa dan dibentangkan di COP 2015 anjuran Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada bulan September 2015.

Jadi tunggu apa lagi …… berdaftarlah segera dan jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat global!

SYARAT-SYARTA PENYERTAAN

  1. Pendaftaran boleh dijalankan melalui borang pendaftaran yang disediakan/ diedarkan oleh pihak penganjur (juga di lampirkan bersama email ini) atau boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online di laman web http://www.mns.org.my/dialoqueakakcitizen dan menghantarnya kembali sebelum 2hb Jun 2015.
  2. Pihak penganjur kemudiannya akan melakukan pemilihan dan akan menghubungi pihak yang berjaya sebelum/ pada 4hb Jun 2015.
  3. Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang sahaja dan akan dipilih berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas.
  4. Lokasi aktiviti adalah di Dewan Sivik MBPJ (Bilik Seminar) dan masa aktiviti pula adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang
  5. Sila guna WAZE (taip DEWAN SIVIK MBPJ) ataupun Google Map (taip Jalan Yong Shook Lin PJS7)
  6. Untuk mereka yang akan menggunakan pengangkutan awam, berikut adalah maklumat perkhidmatan bas:
    T629 dari LRT Asia Jaya
    U66(W) dari Taman Medan
    U66 dari Taman Medan
  7. Tiada bayaran dikenakan untuk penyertaan.
  8. Makanan, minuman, sijil dan cenderahati akan disediakan untuk para peserta

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Download brochure

Yang benar,
Balu Perumal
Ketua Bahagian Konservasi

Welcome to MESYM!
Connecting the green dots

MESYM.com is a crowd-sourced platform and a living database for environmental movements in Malaysia. There are many good actions being done out there. Our goal is to bring them together. We connect the green dots.