IEN Consultants
More than 10 years of experience and expertise in energy efficiency and sustainable building design, planning and certification.
Loading pure awesomeness, please wait...
Many thanks to our Sponsors and Supporters:
More than 10 years of experience and expertise in energy efficiency and sustainable building design, planning and certification.
Type
Categories
Other
Company Overview
JOAS merupakan payung jaringan bagi lebih daripada 84 pertubuhan rakyat yang berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kerja isu-isu Orang Asal.
Sebagai titik fokal kepada hak-hak dan advokasi Orang Asal di Malaysia, JOAS memainkan peranan dengan memberikan suara untuk berdialog dan membahas isu-isu berkenaan hak Orang Asal di peringkat nasional, rantau Asia dan antarabangsa.
Description
Rancangan untuk menubuhkan sebuah jaringan nasional diilhamkan dan dibincangkan oleh para aktivis dan penyokong pergerakan Orang Asal pada awal tahun 80an. Keputusan untuk menubuhkan jaringan ini seterusnya dibuat ketika satu perjumpaan di Poring, Sabah pada tahun 1992. Pada 1996, perjumpaan formal dan penubuhan sebuah jaringan akhirnya diadakan di Kudat, Sabah. Ketika itu, jaringan ini disertai oleh 10 pertubuhan Orang Asal dari seluruh negara.
JOAS telah didaftarkan di Sabah di bawah Ordinan Nama Perniagaan Sabah pada tahun 2003 di Daerah Penampang, Sabah atas nama Jaringan Orang Asal SeMalaysia. Pada tahun 2009, JOAS dapat mewujudkan pusat urusetia yang beralamat Pekan Donggongon, Sabah.
Pusat urusetia ini berfungsi untuk mengurus perjalanan aktiviti-aktiviti JOAS dan juga sebagai pusat penyebaran maklumat kepada ahli-ahli dalam jaringan.
Kumpulan-kumpulan Kerja
------------------------------------------
• Hak asasi manusia
• Pengetahuan Orang Asal dan kepelbagaian biologi
• Hutan dan kawasan lindung
• Perubahan iklim
• Wanita
• Belia
• Akvokasi media
• Pembinaan keupayaan
Kemampuan JOAS
------------------------------------------
JOAS mempunyai pengalaman yang sudah sekian lama dalam menjalinkan hubungan rundingan dan kerjasama dengan pihak berkuasa dan semua pihak-pihak yang memegang kepentingan dalam usaha untuk mengatasi pelbagai isu-isu berkaitan Orang Asal khasnya seperti isu tanah adat, kawasan dan sumber asli termasuk isu-isu lain berkenaan hak mereka.
Keahlian
------------------------------------------
Keahlian JOAS adalah hanya terbuka kepada Jawatankuasa kampung atau pertubuhan rakyat, sama ada berdaftar atau dilantik secara adat (orang persendirian tidak diterima sebagai ahli).
Keahlian adalah melalui borang atau surat permohonan yang boleh didapati atau/dan dihantar kepada Sekretariat JOAS.
Rakan Jaringan Antarabangsa
------------------------------------------
JOAS merupakan ahli kepada Asian Indigenous Peoples Pact (AIPP) yang berpusat di Chiang Mai, Thailand, selaku pertubuhan payung kepada organisasi-organisasi Orang Asal seluruh Asia.
This Profile was created by MESYM with information available on the Organization's website.
less...MESYM.com is a crowd-sourced platform and a living database for environmental movements in Malaysia. There are many good actions being done out there. Our goal is to bring them together. We connect the green dots.
Please copy/paste the html code below into your website.
Please select and copy (Ctrl + C) the URL below.
Please select and copy (Ctrl + C) the URL below.