KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam Past Events

Environmental Workshop: Creative & Effective Recycling Practice

Bengkel yang dikendalikan oleh pasukan sukarelawan Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA ini akan memberikan pendedahan dan latihan amali kepada anda bagaimana untuk mengitar semula sisa-sisa sampah di rumah secara kreatif dan praktikal lalu menjadikan ia sebagai produk baru yang boleh digunasemula ataupun dijual.

Bengkel ini bakal bermula dengan pengenalan kepada kitar semula dan permasalahan sampah di dalam negara, perbincangan kumpulan, aktiviti amali, dan membentangkan potensi-potensi daripada produk kitar semula untuk dijadikan sumber pendapatan, punca ekonomi dan produk komersial. Peserta juga akan didedahkan dengan bermacam teknologi hijau dan “DIY” yang ada masa kini yan menggunakan konsep “zero waste” dan kelestarian.

Oleh itu, ayuh kita luangkan masa untuk belajar sambil berseronok semasa Bengkel Alam Sekitar di Pandita Fest ini.

RSVP: https://www.facebook.com/events/1182442001854875/?ti=cl

Sesi Dialog & Sidang Media: Isu Kaitan Alam Sekitar dan Sosial Bersama Penduduk & Nelayan Segari

Dijemput semua warga prihatin terutamanya penduduk & nelayan Segari, Manjung dan warga Perak amnya ke sesi dialog & sidang media berkaitan isu-isu alam sekitar dan sosial yang berbangkit di Segari, Daerah Manjung, Perak.

Tarikh: 15 Februari 2014 (Sabtu)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Dataran Teluk Senangin, Segari. (Chalet PakYa)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-
Meor Razak: 019-5705421 (Sahabat Alam Malaysia – SAM)
Azmin Aziz / Shazni Bhai: 017-4938425 (Rakan Segari)
Saufi Mmi: 014-7460471 (Solidariti Anak Muda Segari)
Otai(Man): 017-8871887 (KUASA – Persatuan Aktivis Sahabat Alam)

Nota: Rakan Segari (Friends of Segari) adalah badan bertindak gabungan NGO & Organisasi pelbagai idealogi bersama misi & juang Solidariti Anak Muda Segari.

1. Sahabat Alam Malaysia – SAM
2. KUASA – Persatuan Aktivis Sahabat Alam
3. Pemuda Sosialis PSM
4. Solidariti Anak Muda Malaysia
5. Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia – APBM
6. Jaringan Rakyat Tertindas – JERIT/Oppressed Peoples Movement
7. Jaringan Suara Rakyat Perak
8. Rumah Api
9. Angkatan Rakyat Muda
10. Buku Jalanan Seri Manjung
11. Kesatuan Pelajar_Pelajar Islam Perak – KPIP
12. Pertubuhan Pencinta Alam & Sukan Memancing Perak
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
14. PAS Kawasan Lumut
15. Parlimen LUMUT P074 Parti Keadilan Rakyat

segari

Dialog Terbuka Penduduk & Nelayan Pantai Remis.

Welcome to MESYM!
Connecting the green dots

MESYM.com is a crowd-sourced platform and a living database for environmental movements in Malaysia. There are many good actions being done out there. Our goal is to bring them together. We connect the green dots.