Ministry of Natural Resources and Environment

Main

on 20 Jun, 13:36

Draf Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2015-2020

Draf Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2015-2020
Post

Pengumuman mengenai
Draf Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2015-2020

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) menentukan hala tuju dan bertindak sebagai panduan kepada semua agensi kerajaan termasuk kerajaan Negeri mengenai pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti di negara ini.

Dalam memenuhi obligasi Negara sebagai ahli kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menggubal DKBK pada tahun 1998. Seiring dengan peredaran masa, isu-isu berkaitan biodiversiti turut menjadi semakin dinamik di mana pengurusannya memerlukan pendekatan yang lebih sofistikated dan holistik.

Selaras dengan itu, NRE melalui perunding yang dilantik sedang mengkaji semula DKBK 1998. Di bawah kajian semula ini, satu draf dasar yang baru telah dibentuk iaitu DKBK 2015-2020 yang mengandungi matlamat, sasaran dan pelan tindakan biodiversiti kebangsaan yang mengambil kira isu semasa berkaitan biodiversiti dan kepentingan biodiversiti negara di samping mengambil kira Pelan Strategik Biodiversiti Antarabangsa 2011-2020 dan Aichi Biodiversity Targets yang diterima pakai di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD). Kajian semula ini dilaksanakan di bawah projek National Biodiversity Planning to Support the Implementation of the CBD 2011-2020 Strategic Plan in Malaysia atau ringkasnya NBSAP

Draf DKBK 2015-2020 ini telah ditambah baik hasil daripada pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan semasa siri bengkel konsultasi dan perbincangan yang telah dijalankan sejak April 2014. NRE ingin merakamkan penghargaan di atas sokongan dan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat.

Draf terkini DKBK 2015-2020 boleh didapati di laman web Kementerian di http://www.nre.gov.my dan laman web Mekanisme Pusat Penjelasan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan di http://www.chm.frim.gov.my​ dari 12 Jun sehingga 25 Jun 2015 untuk komen, pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada semua pihak yang berkepentingan. Pandangan/cadangan/pertanyaan mengenai draf ini juga boleh ditujukan kepada josephine.nre@1govuc.gov.my / gbm@ere.com.my sehingga 25 Jun 2015 menggunakan borang maklum balas.​

Klik Di Sini : Draf Terkini Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2015 – 2020​

Klik Di Sini : Maklum Balas Draf Terkini Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2015 – 2020

 

on 2 Jun, 16:18

World Oceans Day Celebration with Redang Island Community – Malaysia

World Oceans Day Celebration with Redang Island Community – Malaysia
Past Event

From 6 to 7 June, there will be a 2-day program of activities with the local community, which will include a beach & reef clean up, an open day, sports competition, and feast.

For more information, please contact:

Noor Ikhwanie Zainal
T:+603-8886 1416
E: noorikhwanie@nre.gov.my

Welcome to MESYM!
Connecting the green dots

MESYM.com is a crowd-sourced platform and a living database for environmental movements in Malaysia. There are many good actions being done out there. Our goal is to bring them together. We connect the green dots.