Misi Kami

Hasrat kami adalah untuk menyelaraskan pergerakan-pengerakan alam sekitar di Malaysia dalam fungsi-fungsi berikut:

  • Sebagai pusat informasi bagi pergerakan alam semulajadi oleh mana-mana individu atau perbadanan– bila, mana, kenapa dan bagaimana
  • Sebagai suara dan landasan para ilmiah untuk berkongsi pengetahuan tentang isu-isu persekitaran, pemeliharaan dan pemuliharaan
  • Sebagai sokongan dalam usaha perangkaian dan kerjasama antara pencinta alam sekitar, sama ada individu atau organisasi
  • Sebagai dorongan ke arah perbincangan dalam dan luar talian ke arah usaha-usaha membina oleh semua pihak

Rasional Kami

Apa yang kami maksudkan dengan menghubungkan titik-titik hijau? Apa, atau siapa sebenarnya titik-titik hijau ini? Mungkin kita boleh melihatnya dari perspektif-perspektif di bawah.

Individu

Terdapat ramai pencinta alam sekitar atau individu yang sedar akan kepentingan alam sekitar berusaha untuk melakukan tindakan yang betul, dan memperjuangkan usaha yang murni. Namun, banyak dari usaha-usaha murni ini berkecai dan tidak mendapat pendedahan yang mereka berhak. Dengan menghubungkan mereka bersama, kita dapat melihat usaha yang kolektif, sama ada untuk tujuan perangkaian, perkongsian sumber, atau perpaduan untuk mencapai objektif yang sama. Selain itu, terdapat organisasi yang bekerja untuk menangani isu-isu alam sekitar ini menghadapi masalah tenaga kerja yang tidak mencukupi dan terdapat juga individu yang mahu membantu tetapi tidak tahu di mana dan bagaimana untuk bermula. Kami berhasrat untuk menghubungkan mereka, justeru menyelesaikan masalah ini.

Sektor-sektor

Setiap pihak yang terlibat dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mempunyai nilai dan kepentingan yang pelbagai yang mereka titikberatkan. Kerajaan dan pihak yang berkuasa, badan bukan kerajaan dan persendirian, pihak swasta, semuanya mempunyai idea dan teknologi hijau yang mereka usahakan… mereka perlu berhubung antara satu sama lain, dan berganding bahu dalam usaha murni ini. MESYM akan menjadi landasan informasi dan sokongan tanpa sempadan kepada sektor-sektor yang berlainan ini demi mencapai kesepakatan bersama.

Komuniti

Komuniti yang terlibat dalam usaha menyelamatkan bumi kita ini boleh dibahagikan kepada pelbagai kumpulan, di mana kesemuanya mempunyai misi dan kepentingan mereka sendiri, diantaranya adalah:  kumpulan pergerakan organik, kumpulan aktivis yang menyuarakan isu-isu tertentu, serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha pemuliharaan. Kumpulan-kumpulan ini kadang-kadang dapat dilihat memperjuangkan nilai dan kepentingan yang sama, dan mereka berpotensi untuk menjalinkan kerjasama. Selain itu, terdapat juga komuniti yang mewakili tempat-tempat yang berlainan seperti bandar dan luar bandar, tempatan dan antarabangsa. Oleh kerana krisis-krisis alam semulajadi (perubahan iklim, kepupusan spesis-spesis haiwan, pencemaran perindustrian dan sebagainya) yang semakin menjadi-jadi, kita tidak boleh lagi menyangkal kesan-kesannya ke atas generasi kita. Kita harus bekerjasama dengan komuniti yang lain seperti badan pelajar, badan aktivis hak-hak sivil dan hak-hak asasi manusia dengan menyeru mereka untuk bersama-sama bertindak memberi kesedaran dan menghubungkan usaha kita dengan orang ramai.

Idea-Idea

Isu-isu alam sekitar dan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan boleh mempengaruhi kemajuan pelbagai bidang dan isu-isu ini boleh memberi impak lebih besar daripada apa yang kita fikirkan. Oleh kerana itu, kami menyeru kepada ahli-ahli falsafah, ahli-ahli akademik, wartawan, ahli-ahli sains, para aktivis dan mereka yang mempunyai pandangan yang sama untuk menulis untuk kami dan membantu kami menghubungkan idea-idea kami untuk memberi gambaran dan impak yang lagi besar kepada orang ramai.

Strategi Kami

Jadi, bagaimanakah kita dapat menghubungkan titik-titik hijau ini? Buat masa ini, kami sedang menjalankan 2 jenis projek:

Landasan Atas Talian, MESYM.com

Kami menyediakan landasan untuk para pengguna menerbitkan profil mereka, acara, tindakan, artikel dan juga pengumuman mengenai organisasi mereka. Sesiapa sahaja boleh mendaftar dan menggunakan sistem ini untuk menghebahkan usaha murni atau berkongsi idea mereka. Platform ini adalah percuma, dan kami sasarkannya kepada tiga jenis pengguna: individu yang telah bertindak, individu yang mahu memulakan sesuatu, dan mereka yang berminat untuk menyertai usaha murni individu-individu ini.

Malam Dokumentari Bulanan

Kami menganjurkan perjumpaan bulanan bagi mereka yang mempunyai visi yang sama untuk saling berkenalan dan bertukar fikiran selepas menonton  filem-filem dokumentari yang terpilih.  Aktiviti ini adalah percuma. Kami mahu individu-individu ini untuk berjumpa, berhubungan, dan untuk menjana perbualan yang membina dari dokumentari yang terpilih itu. Pada Malam Dokumentari yang diadakan, kami memperuntukan 15 minit untuk individu yang ingin berkongsi informasi tentang organisasi dan aktiviti-aktiviti mereka.

Click here to see a list of all the documentaries we have screened.

Selamat Datang ke MESYM!
Connecting the green dots

MESYM.com is a crowd-sourced platform and a living database for environmental movements in Malaysia. There are many good actions being done out there. Our goal is to bring them together. We connect the green dots.