Jadi Sukarelawan

Di MESYM, kami semua adalah sukarelawan. Kami bersatu untuk melakukan satu perubahan, dan jika anda sudi, kami sentiasa memerlukan bantuan anda. Di halaman ini, anda boleh mendapat informasi tentang apa yang kami sedang lakukan, apa bantuan yang kami perlukan, dan juga polisi kesukarelawanan kami.

Berminat untuk menjadi seorang sukarelawan? Sila emel kami di info@mesym.com.

Garis panduan untuk ahli-ahli dan para sukarelawan MESYM

Kami mengalu-alukan semua untuk menyertai pasukan teras atau menjadi sukarelawan MESYM.

MESYM terbahagi kepada kumpulan-kumpulan berikut:

  • Pasukan Pemacu
  • Pengurus Serantau
  • Pengurus Sukarelawan
  • Pemasaran / Perangkaian
  • Penulis dan Editor Laman Web dan Media Sosial
  • Pembangun Laman Web
  • Penasihat
  • Para Sukarelawan

Semua individu dialu-alukan untuk menyertai MESYM dengan mengambil alih apa-apa peranan atau menyumbang kepada apa-apa tugas, seperti yang disenaraikan di bahagian Peranan dan Tugas (rujuk di atas). Sebagai contoh:

  • seorang pelajar universiti boleh menjadi:
    • seorang sukarelawan dan membantu MESYM untuk memeta semua tindakan yang dilakukan dalam satu-satu bandar atau negeri.
    • seorang pengurus sukarelawan dan memperkenalkan MESYM kepada rakan-rakan sekampusnya, dan membantu mengurus, membahagikan tugas, dan memantau sukarelawan yang berada di bawah seliaannya.
    • penulis artikel dengan menyumbang ke laman web MESYM tentang isu-isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkaitan dengan situasi-situasi yang berlaku di kampus dan universitinya.
    • sebahagian daripada pasukan teras MESYM, yang komited sepenuhnya dengan misi dan visi MESYM.

Tugasan yang diberikan kepada setiap ahli adalah bergantung kepada minat, latar belakang, dan komitmen. Tugas-tugas ini diibaratkan sebagai satu perjanjian ahli berkenaan dengan pasukan teras MESYM.

Ahli sukarelawan ini bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi, oleh kerana itu kami perlu untuk mengetahui berapakah masa yang boleh diperuntukkan untuk tugasan tersebut, latar belakang sukarelawan (pelajar atau berkerja), minat dan peranan yang dijangka. Sebagai contoh:

  • seorang pelajar universiti mungkin boleh:
    • memperuntukkan 5 jam seminggu untuk MESYM dengan menulis artikel untuk laman web kami, atau
    • memperuntukkan 20 jam seminggu untuk MESYM dengan menulis artikel untuk laman web kami dan juga menyeru serta mengurus rakan-rakan sekampusnya untuk menyertai kami, atau
    • memperuntukkan 30 jam seminggu untuk MESYM untuk tugasan-tugasan di atas, dan menjadi pengurus serantau bagi MESYM bagi satu-satu negeri atau bandar yang telah ditugaskan (cth: Penang) serta menjana isi kandungan bagi kawasan tersebut di laman web MESYM.
  • individu yang berkerja mungkin boleh:
    • memperuntukkan 2 jam seminggu untuk MESYM dengan membantu kami memterjemah laman web MESYM ke Bahasa Melayu.
    • memperuntukkan 5 jam seminggu untuk MESYM dengan menghubungkan kami dengan organisasi-organisasi yang lain.

Peranan dan Tugas-tugas

MESYM sedang mencari sukarelawan bagi peranan / tugas-tugas di bawah.

MESYM sebagai satu Organisasi

Berkerjasama dan Berintegerasi dengan Organisasi-organisasi yang lain

  • Kenalpasti dan hubungi Organisasi / Individu (di dalam talian atau di luar talian) untuk menjemput mereka menyertai MESYM.
  • Kenalpasti Acara-acara (forum, seminar, acara universiti) yang boleh disertai oleh MESYM.

Pemasaran

  • Penganjuran kempen untuk memperkenalkan MESYM kepada orang ramai (di dalam atau luar talian, cth: Media Sosial, menghadiri Acara, dll).

Pengambilan Sukarelawan dan Pengurus

  • Membantu MESYM untuk merekrut sukarelawan (cth: Pelajar-pelajar university dan sekolah, mereka yang berminat, dll).
  • Bertanggungjawab untuk mengurus sukarelawan-sukarelawan ini (membahagikan tugas, memantau tugas, memberi bantuan apabila diperlukan, dll)

Pengurus Serantau

  • Mewakili MESYM di mana-mana negeri ataupun bandar di dalam Malaysia, mengambil alih semua tugasan yang diperlukan: menjana isi kandungan laman web, berhubung dengan organisasi-organisasi yang terlibat, etc.
  • Menganjur Malam Dokumentari MESYM di negeri/bandar tersebut.

Penasihat

  • Menasihati MESYM dalam pengurusannya.

Laman Web MESYM.com

Penulis Artikel

  • Menulis artikel yang asli untuk MESYM.
  • Menulis artikel dengan merujuk kepada artikel yang diterbitkan di laman web yang lain / media massa / radio / dll.

Editor Artikel

  • Kenalpasti sebilangan artikel yang boleh dirujuk dan kemudian bahagikan artikel-artikel tersebut kepada penulis-penulis artikel untuk dikelolakan.
  • Kenalpasti kesahihan artikel tersebut.

Pemetaan Tindakan dan Acara

  • Kenalpasti Tindakan / Acara yang dianjurkan oleh organisasi / individu yang lain untuk ditambahkan ke laman web MESYM.

Penterjemah Bahasa

  • Membantu MESYM menterjemah halaman informasi MESYM (Siapa Kami, Apa Itu MESYM?, Sejarah Kami, dll) ke dalam Bahasa Melayu.

Pembangunan Laman Web

  • Membantu dalam pembangunan laman web – WordPress (Php / Mysql) / Css / jQuery .

Media

  • Merakam video yang mesra pengguna – tentang cara-cara menggunakan laman web MESYM.

Media Sosial

Pengurus Media Sosial

  • Membantu untuk menjana isi kandungan di halaman Facebook MESYM.
  • Membantu mengepos berita atau pengumuman di akaun Twitter MESYM.

Apa yang anda boleh jangkakan apabila menjadi sukarelawan kami

Tersenarai adalah prinsip-prinsip yang mesra sukarelawan yang MESYM amalkan:

Pengehakupayaan Sukarelawan

Sesiapa sahaja yang cukup komited untuk menyertai pasukan teras kami demi membantu untuk memacukan lagi pergerakan MESYM. Sesiapa sahaja boleh mengetengahkan idea-idea yang bernas. Anda boleh mengaplikasikan kemahiran dan bakat anda ke atas projek-projek pilihan anda, di mana tahap penglibatan anda adalah bergantung kepada masa dan ketersediaan anda. Kami tidak mahu mengamalkan pengurusan mikro secara tegas dengan harapan agar anda bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua tugasan dan projek anda. Oleh itu, selagi anda melaksanakan janji anda, kami memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anda untuk mengendalikan projek dan tugasan anda.

Kesaksamaan terhadap semua Sukarelawan

Kami menghormati sukarelawan kami serta sumbangan-sumbangan mereka. Kami memberi kredit dan penghargaan yang jelas kepada mereka. Hasil kerja anda adalah milik anda sendiri. Ketelusan dan keterbukaan kami adalah kerana kami percaya bahawa sukarelawan-sukarelawan kami adalah nadi penggerak MESYM, dengan itu, mereka berhak untuk mengetahui bagaimana organisasi ini dijalankan, bagaimana kewangan kami diuruskan, apakah perancangan masa hadapan MESYM, dan sebagainya. Sebarang kemusykilan daripada pihak sukarelawan boleh diketengahkan kepada pasukan teras.

Penyertaan yang mudah

Kami cuba memudahkan penyertaan orang ramai. Kami cuba memperuntukkan maklumat dan informasi yang secukupnya untuk para sukarelawan kami. Kami boleh dihubungi secara langsung melalui emel jika anda mempunyai sebarang soalan, cadangan, ataupun hanya mahu berkongsi idea anda dengan kami. Kami mengadakan perjumpaan dua kali sebulan dan lokasi perjumpaan amatlah berdekatan akses pengangkutan awam. Pasukan teras akan senantiasa berada di sana dan semua sukarelawan digalakkan untuk hadir sekerap mungkin. Sesiapa sahaja yang berminat untuk hadir, berkenalan dan berkongsi idea bersama kami amatlah dialu-alukan.

Persahabatan dan Kepercayaan

Budaya kesukarelawanan yang diamalkan di MESYM adalah di mana para sukarelawan kami berkongsi pandangan dan nilai-nilai yang serupa terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, isu-isunya dan usaha-usaha positif untuk menanganinya, perpaduan manusia sejagat dan sebagainya. Kami memperuntukkan landasan dan ruang yang positif untuk mereka yang mahu menyumbang ke arah yang lebih baik. Susah dan senang, kami tempuhi bersama.

Pembelajaran dan Pencapaian Peribadi

Cara terbaik untuk belajar sesuatu adalah dengan melakukannya dengan sendiri. Kita semua belajar daripada pengalaman. Sukarelawan kami digalakkan untuk  berdikari, bersikap kreatif dan proaktif. Apabila anda berkhidmat bersama kami, anda boleh mempelajari pelbagai kemahiran dan anda boleh mengamalkannya dalam kehidupan harian anda. Terdapat ramai individu yang boleh memberi inspirasi dan mengajar kita semua tentang sesuatu.

Idea kami ialah, MESYM adalah satu entiti yang berasingan dengan individu-individu yang sedang mengusahakannya. Kami cuba menerapkan budaya kondusif kepada sukarelawan kami dengan harapan pergerakan kami akan terus kekal berkembang walaupun tanpa kami suatu masa nanti.

Siapa yang boleh menjadi sukarelawan?

Sesiapa sahaja boleh menjadi sukarelawan. Kami tidak mengamalkan dasar diskriminasi. Alam semulajadi dan isu-isunya melibatkan semua individu, jadi kami mengalu-alukan penglibatan semua individu yang berminat. Sukarelawan luar negara juga boleh menyertai kami. Kerja-kerja sukarelawan boleh dilakukan secara jarak jauh / atas talian, anda tidak perlu untuk menghadirkan diri secara fizikal untuk menjadi sukarelawan.

Selamat Datang ke MESYM!
Connecting the green dots

MESYM.com is a crowd-sourced platform and a living database for environmental movements in Malaysia. There are many good actions being done out there. Our goal is to bring them together. We connect the green dots.